Pasti ramai yang tidak pernah perasan di kalangan selebriti tanah air
kita terutama pelakon kebanyakkan di kalangan mereka adalah adik
beradik. Jom kita lihat adik beradik selebriti popular tanah air kita.
1. Pierre Andre & Mikail Andre
Adik-beradik ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang
terkenal dengan rancangan sitkom Pi Pi Mai Tang Tu. Pierre Andre yang
mula-mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem Potret Mistik
pada tahun 2005.Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini
bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail
Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai
darah seni.
2. Shamsul Yusof & Syafiq Yusof
>Kedua-duanya
memulakan kerjaya sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok-belok
dunia perfileman. Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini,
mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga
pengarah filem.
.Lebih
membanggakan, kedua-dua pengarah muda ini sudah pun menggondol anugerah
menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.
3. Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy
Adik-beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka
menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka
memang berbakat besar seawal dari kecil.
>Walaupun
Elfira selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah
mencemburui antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan
Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi rancangan Oh! My English.
4. Eira Syazira & Syafnida
>>Nama
pelakon Eira Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang membawakan
gadis nerdmenerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh dikatakan
Eira diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk menghiasi
drama-drama di televisyen.
.Kini
adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini
wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3 Cinta Ilahi. Selain itu juga,
Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai
suami isteri. Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni hampir sama dan
ramai yang menganggap mereka adalah adik-beradik kembar.
5. Farid Kamil & Fadzil Zahari
GAMBAR PALING ATAS
Siapa
yang tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya
iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada
pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu,
Fadzil juga merupakan seorang pelakon.
.Pada
awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia
kemudiannya berjinak-jinak sebagai penulis skrip. Antara skrip filem
yang dihasilkannya ialah filem Kongsi dan Bini-biniku Gangster. Memang
adik-beradik yang berbakat besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga
saling tidak tumpah seperti abangnya.
6. Sharifah Shahira & Sharifah Sakinah
>Pelakon,
pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu
diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika diikutkan,
seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga
merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an.
>Kini,
seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak
langkah kakak-kakaknya sebagai seorang pelakon. Namun berbeza dengan
kakak-kakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi gila-gilanya di
laman sosial miliknya.
7. Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri
dalam dunia lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga
berbakat seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat
dinafikan ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang besar
Sumber: malayreport